Kehidupan Komuniti Tersendiri dan Berintegrasi

Seindah@Persis Ujana Perumahan Bandar Kuantan Putri merupakan pembangunan yang bersepadu untuk komuniti baharu di tengah-tengah Bandar Kuantan Putri (Sungai Soi). Diinspirasikan dari corak batik tradisional tempatan, ia berupaya meningkatkan kehidupan anda dengan gaya hidup yang inovatif, moden dan berkualiti, disamping mewujudkan persekitaran harmoni antara komuniti tempatan dari pelbagai kaum serta budaya.

Ciri-ciri Utama untuk Kehidupan Berkualiti

Seindah@Persis Ujana Perumahan Bandar Kuantan Putri menyediakan pelbagai pilihan rumah yang selesa dengan sentuhan reka bentuk yang terkini, berkualiti tinggi dan harga yang berpatutan agar dapat memenuhi citarasa dan keperluan hidup anda.

Reka Bentuk yang moden

Diberi sentuhan istimewa dengan reka bentuk yang moden dan susunan warna yang kontemporari bagi memenuhi citarasa setiap lapisan generasi.

Batu Bata Tanah Liat

Untuk memberikan ketenangan dan kehidupan yang selesa kepada keluarga anda, terutamanya dalam keadaan cuaca yang panas.

Material bangunan yang lebih kukuh dan memberi keselesaan kepada keluarga anda terutama dalam keadaan cuaca panas kerana ianya lebih menyerap haba.

Luas dan Selesa

Ketinggian siling rumah sehingga 3.5m (11.5 kaki).

Memberi pengudaraan dalam rumah yang lebih nyaman dan selesa.

Tangki Spah

Menawarkan persekitaran yang menerapkan elemen sosio ekonomi dan penjagaan alam sekitar, disamping membantu menjimatkan kos utiliti.

Tangki untuk mengitar semula air hujan untuk penjimatan kegunaan dan dapat membantu mengurangkan kos utiliti.